PAS AGEN NASRANI

Friday, April 23, 2010

PAS FOR ALL = ISRAEL FOR ALL

KUALA LUMPUR 22 April - Pas mengakui slogan dan logo Pas For All yang diperkenalkan pada 2007 sebagai platform politik kepada semua rakyat Malaysia hampir menyamai slogan dan lambang Israel 4 All.

Naib Presiden parti itu, Datuk Mahfuz Omar berkata, bagaimanapun, ia tidak diciplak daripada slogan dan logo yang diperkenalkan Israel bagi sektor pelancongannya.

sumber - UtusanOnline

Mengaku juga akhirnya Mahfuz dengan realiti persamaan Pas for All dan Isreal for All.

Sebelum ini Pas begitu galak menyamakan kerajaan Malaysia dengan Israel, tetapi sebaliknya kini mereka yang tersimpul dengan putarbelit mereka sendiri.

Mungkin tujuan Pas yang selama ini yang menuduh Umno/BN mempunyai kaitan dengan yahudi hanya semata-mata untuk menutup tembelang mereka sahaja. Walhal, merekalah yang sebenarnya ada "syer" dengan Israel melalui perkongsian slogan parti.

Jika slogan untuk parti pun sanggup dicedok dari Israel, bagaimana pula dengan strategi parti dan juga hala tuju parti tersebut? Tak mustahil semuanya dicedok juga dari negara laknatullah itu oleh Pas.

Bagaimana perasaan segenap jemaah Pas diseluruh negara apabila menyedari bahawa slogan yang mereka laung-laungkan selama ini sebenarnya diambil dari slogan YAHUDI?

Tak hairanlah jika pemimpin-pemimpin Pas sanggup menciplak slogan Israel kerana Tok Guruh mereka sendiri pun rela berkawan dengan syaitan hanya semata-mata kerana kedudukan dan kuasa.

Mungkin didalam otak jumud pemimpin-pemimpin Pas terfikir, "apalah sangat ciplak slogan Israel jika nak dibandingkan dengan menjadi kawan syaitan". Tok Guruh mesti suka punyalah".

Pas for All + Israel for All !!! Saya mesti pilehhhhhhh !!!!

3 comments:

  1. Salam.. minta kebenaran nak guna gambar penyokong PAS a.k.a Israel tu. Terima kasih.

    Mohon juga masukkan url saya ke dalam bloglist tuan http://rajahmas.blogspot.com/

    Salam perjuangan.

    ReplyDelete
  2. ko xrase mcm org bodoh ke?? trlalu tksub dgn politik.. tp ble difikirkn semula org bodoh xrase dri dia bodoh,, semiga Allah beri hidyah kepada mu.. jgn sia2kn usia kamu..

    ReplyDelete
  3. Astaghfirullahalazim..
    Fitnah itu besar dosanya..
    Jika anda tidak tahu apayg sebetul2nya, lebih baik diam dan minta petunjuk dari Allah swt. Semoga anda membuka hati menerima shafaatnya~

    ReplyDelete