PAS AGEN NASRANI

Tuesday, November 3, 2009

PROGRAM BICARA PETANG BERSAMA TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN

Bertempat di Kompleks Warga Emas Shah Alam petang tadi, satu Program Bicara Petang Bersama Tetamu Kehormat Tan Sri Muhyiddin Yasin, Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO di adakan, Dalam Program itu, Tan Sri Muhyiddin menekankan tentang kerjasama semua pihak termasuk perpaduan di kalangan parti komponen BN untuk merampas kembali semula Negeri Selangor dari tangan Pakatan Pembangkang.

Ketua UMNO Bahagian Datuk Nawawi dan Tan Sri Muhyiddin.
Datuk Ahmad Jais Turut serta dalam Program Bicara Petang, beliau menyampaikan berberapa buah lagu nostalgianya.
Ucapan alu-aluan Datuk Nawawi selaku Ketua UMNO Bahagian Shah Alam selaku tuan rumah.
Tan Sri Muhyiddin menyampaikan amanatnya, kepada seluruh pimpinan UMNO Negeri Selangor
Antara Tetamu yang hadir

Timbalan Pengerusi Perhubunggan UMNO Selangor, Datuk Noh Omar dan Adun Sementa Datuk Abd Rahman Palil.
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kapar, Datuk Faizal Abdullah
Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar.
Ketua Puteri UMNO Shah Alam Cik Shuratini dan Ketua Puteri UMNO Selangor Puan Suhaila.
Datuk Abd Rahman Palil, Datuk Zainal Abidin Sakom dan Datuk Salamon Selamat
Wakil-wakil dari MCA Bahagian Shah Alam
Tan Sri Menandatangani Autograf selepas selesai Program

ORANG KUAT UMNO SHAH ALAM

Friday, October 16, 2009

Pindaan lulus...semua jawatan 'open for all'


Perhimpunan Agung Khas (EGM) UMNO hari Khamis meluluskan pindaan tujuh fasal Perlembagaan UMNO dalam usaha memperteguh lunas-lunas demokrasi serta menghak-upayakan ahli-ahi parti agar UMNO menjadi terbuka, lebih inklusif dan lebih demokratik.

Berdasarkan cadangan pindaan yang dibentangkan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, jawatan tertinggi parti kini bersifat ‘open for all’ dengan terhapusnya sistem kuota pencalonan sebelum ini.

Menurut Hishamuddin, melalui pindaan tersebut bagi melayakkan seseorang itu bertanding jawatan Presiden, Timbalan, Naib dan Majlis Tertinggi (MT) mereka hanya perlu mendaftarkan diri dan pernah memegang mana-mana jawatan MT atau Ahli Jawatankuasa Bahagian selama satu penggal.

Walaupun Majlis Tertinggi menurut beliau, bersetuju secara prinsipnya dengan cadangan Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan termasuk berkaitan kriteria kelayakan calon-calon bagi melindungi institusi Presiden dan Timbalan Presiden kerana secara adatnya mereka berdua merupakan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri tetapi pada akhirnya hanya kelayakan minimun sahaja dicadangkan.

“Apabila cadangan ini (kriteria kelayakan) di bawa kepada Biro Politik, kedua-dua penjawat sekarang, YAB Datuk Seri Mohd Najib dan YAB Tan Sri Muhyiddin menolak cadangan ini dan berpendirian bahawa mereka berdua tidak memerlukan apa-apa perlindungan dan tidak akan berselindung di sebalik syarat yang dicadangkan itu,” katanya disambut tepukan gemuruh para perwakilan.

Bagi ahli-ahli yang hendak bertanding untuk Ahli Jawatankuasa Bahagian pula, Hishamuddin menjelaskan, mereka hanya perlu menjadi ahli parti selama tiga tahun untuk menawarkan diri mereka.

Selain itu, pindaan yang diluluskan itu juga memperluaskan jumlah perwakilan daripada 2,510 orang kepada 146,500 orang .

Komposisinya ialah 95,500 perwakilan Bahagian iaitu 500 orang setiap Bahagian dikali dengan 191 Bahagian dan ditambah dengan 51,000 Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri Cawangan (17,000 Cawangan dikali dengan tiga (3) orang) yang kini diberikan taraf perwakilan secara automatik ke Persidangan UMNO Bahagian.

“Jelas ini adalah manifestasi sikap keterbukaan dan demokratik pemimpin UMNO terhadap citarasa serta harapan ahli parti dan rakyat dan apabila dipersetujui, saya percaya ia tidak akan mengecewakan kerana ianya merupakan penambahan 5,800 peratus daripada jumlah perwakilan yang sedia ada,” ujar beliau.

Bagi mengendalikan pertambahan jumlah perwakilan yang akan memilih kepimpinan parti, EGM turut meluluskan pindaan bagi membolehkan mesyuarat dan pemilihan dijalankan secara serentak dan untuk tujuan itu parti akan menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU).

Melalui pindaan ini, mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian-Bahagian akan dijalankan secara serentak pada tahun pemilihan dan menurut Hishamuddin semasa membentangkan pindaan berkenaan, ia akan dapat mengatasi persepsi negatif terhadap proses pemilihan parti.

Selain itu pindaan juga melibatkan pertambahan seorang lagi wakil Wanita dalam Majlis Tertinggi, Bahagian dan Cawangan.

Turut diluluskan pada apindaan tersebut ialah membenarkan ketua-ketua sayap parti iaitu Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri Cawangan untuk menerima permohonan menjadi ahli. Selama ini proses permohonan mesti dibuat melalui Ketua UMNO Cawangan sahaja.

Akhirnya, EGM UMNO meluluskan pindaan perlembagaan yang memberikan taraf perwakilan secara automatik kepada Setiausaha UMNO Bahagian ke Perhimpunan Agung UMNO. Sebelum ini hanya Ketua, Timbalan, Naib Ketua, Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri diberi taraf automatik sebagai perwakilan.

GAMBAR-GAMBAR PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2009






WANITA



PUTERI



PEMUDA