PAS AGEN NASRANI

Thursday, August 26, 2010

Pemuda UMNO Pondan, Samy Vellu Lebih Berani.


Dari artikel Ruang Bicara Faisal: RBF

Sebagai seorang ahli Pemuda Umno saya merasa amat malu bila melihat cara Pemuda Umno membuat bantahan di Kedutaan Indonesia hari ini.

Orang pijak bendera kita dan baling najis ke kedutaan kita, tetapi pemuda kita pergi bawa kertas dan hulur di pagar sahaja.

Pondan, Pemuda Umno memang pondan. Kurang-kurangnya bakarlah sekeping bendera Indonesia di depan kedutaannya.

Sewaktu kemuncak konfrontasi Malaysia-Indonesia, sekumpulan anak muda pada 17 September 1963 telah pergi ke bangunan Kedutaan Indonesia di Jalan Ampang dan menurunkan simbol Pancasila negara Indonesia lalu menggantikannya dengan bendera Malaysia.

Siapakah anak muda yang berani itu ? mereka ialah Samy Vellu dan Khalid Yunus.

Gambar diatas menunjukkan Samy Vellu dan Khalid Yunus berjaya 'menawan' Kedutaan Indonesia di Jalan Ampang KL.

Tetapi hari ini jangan kata nak turunkan bendera Indonesia, nak bakar sekeping bendera pun Zaki Zahid tak berani.

Sekarang terbukti sudahlah yang Samy Vellu lebih sayangkan negara ini berbanding dengan Pemuda Umno yang ada pada hari ini.

Keberanian dan semangat cintakan negara mu tetap ku kenang wahai Datuk Seri Samy Vellu dan Datuk Khalid Yunus.

Wednesday, August 25, 2010

Tutup KSSB

Isu pasir Selangor belum ada kesudahannya. Jika sebelum ini, pendedahan demi pendedahan dibuat oleh pemimpin UMNO Selangor mahupun masyarakat setempat yang merasa kehidupan mereka terancam akibat perlombongan pasir yang tidak terurus oleh syarikat Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), kini membawa kepada desakan untuk menutup KSSB.

Konsortium Pengusaha Pasir Selangor mendesak Kerajaan negeri untuk menutup Kumpulan Semesta Sdn Bhd dan mengembalikan semula kuasa pengendalian galian dan mineral di Selangor termasuk pasir dikembalikan kepada pegawai kerajaan, iaitu Pejabat Tanah dan Galian (PTG), yang selama ini telah menjalankan tanggung jawab dengan baik.

Pengerusi konsortium, Dato’ Tengku Saifuliazan Tengku Zainal Abidin berkata, Konsortium Pengusaha Pasir Selangor ini ditubuhkan dengan perkenan Duli Sultan Selangor, dan ditubuhkan secara rasmi pada 17 Ogos 2010. Sehubungan dengan itu, pihaknya bukan lagi sekadar pengusaha pasir kecil-kecilan, sebaliknya kerjasama dan sokongan kerajaan negeri terhadap consortium merupakan satu tindakan baik demi kebaikan bersama.

“Perkembangan baru ini memberi sinar baru kepada pengusaha pasir di negeri Selangor. Walaupun kami mendapat sokongan dari kerajaan negeri, namun apa yang kami cadang tetap diteruskan.

Ketika ini, kerajaan negeri telah memberi komitmen untuk menyelesaikan isu pasir di Selangor. Sehubungan dengan itu, kami mendesak kerajaan negeri segera menutup KSSB dan mengembalikan kuasa pengendalian galian dan mineral di Selangor termasuk pasir dikembalikan kepada Pejabat Tanah Dan Galian,” ujarnya dalam sidang media yang diadakan di sebuah hotel di Shah Alam.

Dalam masa yang sama, Konsortium mendakwa akan membuat tindakan perundangan sekiranya masih tiada usaha menutup KSSB secepat mungkin.

“Tindakan perundangan akan dibuat ke atas KSSB, kita ada banyak bukti salah urus anak syarikat Selangor itu. Walaupun KSSB sudah mempunyai Ketua Pegawai Eksekutif yang baru namun sehingga ke hari ini kita tak nampak ada perancangan baru untuk membantu pengusaha pasir seperti kami,”.

Dalam perkembangan berkaitan, Konsortium turut menyelar kenyataan EXCO Kerajaan Negeri Selangor, Terese Kok dan Elizabeth Wong yang hanya menyalahkan kerajaan negeri terdahulu akibat perlombongan pasir haram yang membawa kepada kemusnahan alam sekitar, kemusnahan tanah kerajaan, curi pasir, pasir haram, dan penyelewengan yang begitu besar dalam pemerolehan hasil industri pasir.

“Kami tak pandang benda yang dah lepas. Apa yang dah berlaku dulu sewaktu pentadbiran kerajaan BN, dah berlaku tapi apa tanggungjawab kerajaan negeri baru sekarang? Kerajaan Negeri lakukan kesilapan paling besar dengan menubuhkan KSSB yang hanya memberikan keuntungan besar kepada pengusaha-pengusaha besar dan menindas pengusaha-pengusaha kecil,” tambahnya. -MediaUMNO

Tuesday, August 24, 2010

Haramkan DAP


Cadangan mutakhir pemimpin DAP, Tony Pua, Ahli Parlimen DAP (PJ Utara) untuk memansuhkan diskaun bumiputra dalam sektor tertentu pembangunan sekali lagi membuktikan sikap cauvinis, rasis, anti Melayu dan anti perlembagaan yang dianuti oleh kepimpinan DAP. Dan yang paling malang, orang Melayu saperti Tan Sri Khalid Ibrahim boleh bersetuju dengan cadangan bodoh saperti itu.

Persoalannya bukan isu diskaun bumiputra, tetapi soal prinsip perlembagaan dan keharmonian kaum yang telah dibina sekian lama. Perkara berkaitan hak istimewa Melayu telah tercatat dengan jelas didalam Perlembagaan dan tidak perlu dikupas. Dan ini adalah antara formula kepada perpaduan dan keharmonian agama dan kaum selama ini.

Kepimpinan DAP kini semakin angkuh dan kurang ajar didalam mempersoalkan perkara asasi Perlembagaan. Mereka seolah-olah lupa sikap cauvinis dan rasis yang mereka amalkan adalah punca terjadi rusuhan kaum 1969. Dan bila kita mengingatkan supaya peristiwa hitam 13 Mei itu dijadikan iktibar, maka pemimpin DAP lah antara yang paling bising menyalak mendesak supaya peristiwa itu tidak diungkit-ungkit lagi. Kerana apa? Kerana mereka tidak mahu rakyat khususnya generasi baru mengetahui sejarah hitam mereka!!

Saya membaca lapuran Majlis Gerakan Negara (NOC) bertarikh Oktober 1969 yang membutirkan secara terperinci apa sebenarnya yang berlaku sebelum 13 Mei 1969. Kenyataan saperti "Melayu sudah tidak berkuasa", "ini negeri bukan Melayu punya", "halau Melayu keluar" dan macam-macam lagi yang dibuat selepas DAP memenangi beberapa kerusi di Selangor akhirnya mencetuskan perasaan marah orang Melayu dan berakhir dengan peristiwa berdarah itu. Dan ada antara petualang DAP yang aktif pada masa itu masih hidup dan melalak kesana kemari hari ini.

Kalau tahun 1969 mereka tidak mendapat sokongan orang Melayu, tetapi hari ini bukan sahaja Melayu haprak, pak janggoat-pak janggoat pun turut menyokong mereka. Maka bertambah besarlah kepala mereka, makin menjadi-jadi kesombongan mereka. Tambah pulak ada Melayu yang tergamak menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada puak-puak cauvinis ini. Hanya kerana nafsu serakah mahu menduduki Putrajaya!! Dan yang lebih teruk, Melayu haprak dan pak janggoat-pak janggoat inoi disamatarafkan dengan sahabat Nabi saw!!

Cuba bayangkan kalau tahun 1969, lebih 40 tahun lepas, mereka meraikan kemenangan kecil itu dengan memaki hamun dan menghina bangsa Melayu, cuba bayangkan apa yang akan mereka lakukan kalau mereka menguasai kerajaan persekutuan, apatah lagi menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri!! Tengok sendiri apa yang mereka buat di Pulau Pinang, Selangor, dan buat seketika di Perak. Dan yang paling malang, ada orang Melayu yang sanggup bersekongkol dengan pelampau-pelampau cauvinis dan rasis ini.

Dan ada antara Melayu haprak ini yang sanggup menipu diri sendiri dengan mendakwa persekongkolan ini adalah demi dakwah dan mendekatkan DAP kepada Islam. Apa yang saya nampak, mereka yang makin lama makin terikut-ikut rentak DAP. DAP semakin tegar dengan semangat anti Islam dan anti Melayunya. Kenyataan terbaru "mursyidul am" DAP Karpal Singh menolak sama sekali gagasan penubuhan negara Islam jelas membuktikan DAP masih dengan sikapnya. Dan ini sepatutnya sudah cukup menyedarkan bangsa Melayu yang beragama Islam bahawa mereka sedang bermain dengan api apabila rela diperkudakan oleh kafir harbi ini. Tetapi tidakn segelintir bangsa Melayu ini sanggup sekali lagi menipu diri sendiri dengan mendakwa kenyataan Karpal itu adalah kenyataan peribadi dan bukan pendirian DAP. Betapalah bangsa yang punya Al Quran ditangannya boleh menjadi begitu bodoh! Memang kebodohan itu bukan suatu jenayah, tetapi kebodohan itu akan membawa kemusnahan kepada agama, bangsa dan tanahair sendiri!!

Pada saya sikap cauvinis, rasis, ala komunis, anti Melayu, anti Islam dan anti Perlembagaan kepimpinan DAP ini semakin melampau. Hari demi hari mereka mengasak umat Islam dan orang Melayu dengan pelbagai isu. Daripada isu tanah, isu biasiswa, isu hak istimewa, kini menular kepada mempertikaikan institusi Islam, Raja-Raja Melayu, badan kehakiman, Polis DiRaja Malaysia, SPRM, SPR, Mahkamah Syariah membawa kepada isu-isu negara Islam, kalimah ALLAH dan lain-lain.

Sekiranya tidak dibendung segera, saya yakin sikap melampau kepimpinan DAP ini akan menjadi barah kepada kestabilan dan keharmonian agama dan kaum yang telah lama kita nikmati selama ini.

Atas alasan itu, saya percaya sudah tiba masanya kita bertindak tegas terhadap kepimpinan DsAP ini. Saya mencadangkan supaya Pendaftar Pertubuhan mengambil tindakan untuk membatalkan pendaftaran parti DAP ini, ianya hendaklah diisytiharkan sebuah pertubuhan haram yang membahayakan rakyat dan negara ini. Rakyat Malaysia tidak memerlukan kepimpinan yang cauvinis, rasis, berfikiran ala komunis, anti Melayu, anti Islam dan anti Perlembagaan saperti DAP. Meminjam kata-kata Presiden Ahmadinejad, "kepimpinan DAP ini wajib dihapuskan daripada peta politik negara ini"!!

Wednesday, April 28, 2010

Tuesday, April 27, 2010

KURANG AJAR !! PAS HINA ORANG FELDA DAN ORANG ASLI !

KUALA LUMPUR, 27 April: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata, Barisan Nasional (BN) bukan parti masa depan selepas hanya menang di kawasan terkawal seperti Felda dan kawasan miskin seperti Orang Asli.

Beliau turut menyifatkan kemenangan BN pada pilihan raya kecil Hulu Selangor Ahad lalu hanya sebagai kemenangan sementara.

"Pengundi yang lebih celik dan tidak terikat dengan kerajaan mengundi PKR. Tapi pengundi yang terikat seperti Felda, Orang Asli dan di ladang-ladang, trendnya kepada BN.

"Kalau kita lihat masa depan negara yang kita harapkan lebih demokratik, rakyat lebih membaca dan mempunyai kesedaran, Umno/BN ini bukan parti untuk masa depan sebenarnya.

"Orang yang mempunyai kesedaran semacam sudah tidak percaya kepada Umno/BN tapi lebih percaya kepada komponen dalam Pakatan Rakyat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.


KLIK SINI UNTUK BERITA LANJUT

Monday, April 26, 2010

BN MENANG ,ANWAR SENAK PERUT !

mengikut pada perkiraan keputusan prk hulu selangor, undi pkr hanya meningkat kepada 90 undi sahaja jika dibandingkan dengan keputusan mac 2008. manakala BN pula memperoleh kenaikan peratusan undi sebanyak 700% dibandingkan dengan keputusan pru 2008.

ini tanda 1 malaysia semakin diterima rakyat. anwar dah tak laku.nik ajis sebenarnya menjadi liabiliti atau biawak hidup kepada pakatan apabila cuba bergaduh dengan sultan. zaid hik hik boleh berfikir-fikir semula akan segala kesilapan lampau.

TAHNIAH BN !

Saturday, April 24, 2010

Wan Azizah Bawa Masuk 27 Juta Dari Singapura.

Dikhabar Wan Azizah telah membawa masuk RM 27 juta ,penyerahan dilakukan seorang suruhanjaya tinggi Singapura dan setiap pengundi akan dirasuah RM500, mereka turut merancang mengangkut pengundi luar dengan bas ,malah mereka akan membayar kepada kesemua pengundi RM500 dan setiap rumah akan dibayar RM2000. Ini adalah usaha terdesak untuk mendapatkan undi,keadaan mereka amat tertekan.

Anwar Berahi pada waktu ini cukup tertekan,beliau bersungguh sungguh mahukan kemenangan semata mata untuk membuktikan bahawa PKR masih releven walaupun ramai yang telah dan akan keluar parti.

Pakatan Beruk spotted @ Hulu Selangor
Inilah sifat sebenar penyokong haprak, mereka mereka ini habitatnya diatas pokok.Anda jangan terkejut jika kehadiran mereka akan membawa bencana di kawasan anda.


Gambar ini di ambil ketika penamaan calon di Kuala Kubu Bharu.

Harta benda dirosakkan,manusia akan dicederakan malah dikhuatiri beruk beruk ini akan menyelongkar tong tong sampah untuk mencari makan dan sudah pasti akan bersepah sampah sarap . Awas Hulu Selangor akan dibanjiri beruk beruk haprak tidak lama lagi.